Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Wednesday, April 20, 2011

Kursus Penulisan Dokumen Rasmi




Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia telah menganjurkan Kursus Penulisan Dokumen Rasmi pada 11 - 13 April 2011 bertempat di Dewan Serbaguna Kementerian Sumber Manusia.
 
Objektif penganjuran kursus adalah untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran berbahasa Melayu baku di kalangan pegawai Jabatan agar dapat menghasilkan pelbagai jenis dokumen rasmi yang berkualiti yang akan dibimbing oleh pakar Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Pn. Hajah Noresah binti Baharom.


Untuk kursus kali ini, seramai 40 pegawai dari seluruh Bahagian dan Wilayah telah menghadirkan diri.

  Peserta mendengar ceramah dengan sepenuh perhatian

 Urus setia sempat buat peace!

  Puan Hajjah Noresah sedang menyampaikan ceramah beliau





 
Seperti biasa, penat-penat studi, kenalah makan..

Wednesday, April 6, 2011

Pertukaran Pegawai

Efektif pada 6 April 2011, Pn. Kaslina binti Mat Yusof [PT(elaun)] akan mengambil alih tugas Pn. Roslinda binti Jali [PT(HRMIS)]. Pn. Roslinda binti Jali pula akan mengambil tugas Pn. Yazida Laila [PT(Latihan)]. Pertukaran ini bertujuan untuk mendedahkan pegawai kepada fungsi-fungsi lain dalam Bahagian KPSM.

Bhgn Pengurusan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga tabah menempuh cabaran yang mendatang.

Monday, April 4, 2011

Tazkirah: Kisah tiga pemuda dan batu

Berat juga kalau nak bawa batu ni ke kampung. Perjalanan jauh lagi.

Pada Jumaat lepas (1 April 2011), Pengarah KPSM telah berkongsikan sebuah kisah menarik berkenaan perjalanan 3 pemuda yang balik ke kampung masing..

Cerita bermula apabila tiga (3) pemuda ini hendak balik semula ke kampung selepas merantau di sebuah negeri. Dalam perjalanan balik melalui kawasan hutan, ketiga-tiga pemuda ini mendengar suatu suara halus yang membisikan kepada mereka untuk mengutip batu yang terdapat di hutan tersebut untuk dibawa balik ke kampung.

Pemuda yang pertama mengikut sahaja arahan tersebut dan mengutip mana-mana batu yang dijumpainya. Pemuda kedua pula, mengutip batu apabila dirasakan perlu. Manakala pemuda yang terakhir, tidak mengutip mana-mana batu sebaliknya memperlikan tindakan kedua-dua pemuda tersebut.

Argghhh!!! Kalau aku tahu dari mula tadi, mesti aku dah kutip semua arang batu itu
Setibanya di kampung, pemuda pertama tadi mendapati karung yang berisi batu dikutipnya bertukar menjadi batu permata. Pemuda tersebut sungguh gembira dan tidak percaya  batu tersebut sebenar batu permata. Mendengar khabar dari pemuda pertama, pemuda kedua berasa kesal kerana tidak mengutip lebih banyak batu tersebut. Terdetik dihatinya tidaklah berat mana  batu yang dibawa jika dibandingkan hasil yang akan diperolehinya. Pemudah ketiga pula berasa sangat kesal kerana tidak mengutip sebarang batu pun kerana tidak mengetahui nilai batu tersebut. Jika ditahunya  pada awal-awal perjalanan tadi, sudah pasti dia juga telah mengutipnya seperti pemuda yang pertama.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita seharus melakukan amal ibadah seperti yang telah disarankan. Walaupun berat atau sukar, nescaya hasil atau pulangannya adalah setimpal dengan apa yang telah dilaburkan. Renung-renungkanlah.

Friday, April 1, 2011

Mesyuarat Bahagian KPSM bil. 2/2011

Seronoknyer boleh potong kek. Kek Secret Recipe tu.
Mesyuarat Bahagian ini bertujuan untuk memaklumkan status terkini Bahagian. Antara perkara yang dibangkitkan ialah Bahagian memiliki peralatan sukan yang baru untuk sukan dalaman seperti ping-pong, karom, dart dan congkak. Kemudahan sukan ini boleh digunakan oleh semua pegawai yang ingin merehatkan diri ketika rehat tengah hari atau pun selepas bertugas pada sebelah petangnya.

Sambutan yang menggalakan daripada semua warga kerja dan secara tidak langsung telah merapatkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga kerja JPK di Putrajaya. Sungguhpun begitu, Pengarah KPSM menasihatkan agar sukan ini dimainkan selepas jam 5.30 petang agar tidak mengganggu waktu bertugas rasmi.

Selepas taklimat tersebut, majlis disambung dengan acara menyambut hari jadi pegawai di Bhgn KPSM pada bulan Januari sehingga Mac 2011. Seramai 11 pegawai meraikan hari kelahiran mereka pada bulan tersebut. Mereka ialah:

Januari
  1. Pn. Nurazimah binti Saji
  2. Pn. Zaleha binti Kasim
Februari
  1. Pn. Jalilah binti Ismail
  2. Pn. Azniza binti Azmi
  3. Cik Dalila binti Azhari
  4. Pn. Nor Hashimah binti  Hashim
 Mac
  1. Mohamad bin Majid
  2. Pn. Nurul Isma binti Abdul Latif
  3. Pn. Iryawati binti Che Ramli
  4. Cik. Noorzarina binti  Zainal Abidin
Pn. Azimah, Org first terima hadiah sebab Bebday bulan Januari

Birthday yang ke berapa Pn. Zaleha? Yang ke Rahsia... ;p

Posing maut of the day! Go Pn. Jalilah

Pn. Nor Hashimah pun terima hadiah untuk hari jadi yang ke-rahsia

En. Mad pose muka terkejut. Aduyaii..

Eh, sepasang je baju ni Cik Irya. Berjanji dengan puan ke?

Alamak.. autofokus yang hebat untuk cenderamata kat belakang tu. Kesian kat Cik Noorzarina muka blur. Salahkan abang fotografer Bhgn.

Macam biasa, ada je yang suka posing. Maniskan! ;)

Kek sedap terutama yang kacang tu.. Mmmpphh marvelous!

Chesse cake.. penat mengunyahnyer..



1-1-2. Pstt... Jika berminat, roger Bhgn. KPSM.

Uish.. betul2 tengok kamera ni.. dup dap dup dap..

Norzarina dengan hadiah nyer..

Tengok apa tu Pn. Siti Awa..

Makan sorang-sorang.. Layannn..

Senyum!






Thursday, March 31, 2011

Perhimpunan Pertama Bersama KSU KSM tahun 2011



31 Mac 2011 ialah hari pertama perhimpunan bulanan bersama Ketua Setiausaha Kem. Sumber Manusia yang baru iaitu YBhg. Dato' Zainal Rahim bin Seman. Sebelum ini beliau bertugas selaku Setiausaha Negeri di SUK Pulang Pinang sebelum bertukar ke Kementerian Sumber Manusia bagi menggantikan YBhg. Dato' R. Segarajah yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan. YBhg. Dato' KSU telah menyampaikan amanat dan menyeru agar semua warga Kementerian turut serta berganding bahu untuk menjayakan Aspirasi Kementerian di bawah pimpinan beliau.

Wednesday, March 23, 2011

Bengkel HRMIS: Modul Majlis Bersama Jabatan

Pada 22 dan 23 Mac, sebuah bengkel HRMIS modul Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan di JPA Cyberjaya. Tiga (3) wakil KPSM telah menghadiri bengkel tersebut.

Objektif bengkel adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan modul MBJ dan pelaksanaan modul tersebut di Jabatan. Kebaikan modul ini ialah memudahkan wakil pekerja dan pegawai menyampaikan isu terus kepada Ketua Pengarah dan memaklumkan status terkini kepada pihak JPA dengan kadar segera serta. Penyediaan surat panggilan mesyuarat juga boleh dilakukan dengan satu klik kepada semua pegawai yang terlibat. Amat mudah sekiranya modul ini dapat digunapakai seoptimum mungkin.

Jabatan telahpun mengadakan Mesyuarat MBJ pada bulan Mac 2011 yang lepas. Mesyuarat seterusnya dijangka pada bulan Jun 2011. Jabatan akan cuba menggunakan modul ini pada sesi MBJ Jabatan pada masa tersebut.

Thursday, March 17, 2011

Majlis Penghargaan pegawai KPSM

Ucapan penghargaan yang terbaeeekk daripada Pn. Azniza. Kelas Gitu!!!
Bhgn KPSM membuat satu Majlis Penghargaan terhadap empat (4) orang pegawai Bhgn yang telah mendapat penempatan baru dan menamatkan perkhidmatan. Pegawai-pegawai tersebut ialah Pn. Yazida Laila binti Deraman (SM), Pn. Zoolia binti Drahman (Kew), En. Rafizi bin Ab Rahim@Hassan (T) dan Pn. Azniza (PKS-Kew).

Bahagian mengucapkan agar ke semua pegawai selamat maju jaya di tempat baru.



Pn. Yazida yang bertukar ke JAS Kuantan. Yeay.. balik kampung dah!

Pn. Nurafidah mewakil En. Rafizi yang bertukar 'serta-merta' ke Jbtn. Statistik. Fizi tak kirum salam pun masa nak blah..

Pn. Zoolia yang bertukar ke Kem. Pengangkutan. Dekat je.. blok sebelah..

Pn. Azniza, pegawai PKS Kewangan yang telah tamat tempoh kontrak. Ucapan penghargaan beliau amat menyentuh jiwa dan akan dikenang hingga bila-bila..

Apa lagi, makan la..
Sempat pose walaupun tengah makan.