Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Showing posts with label Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan. Show all posts

Friday, April 1, 2011

Mesyuarat Bahagian KPSM bil. 2/2011

Seronoknyer boleh potong kek. Kek Secret Recipe tu.
Mesyuarat Bahagian ini bertujuan untuk memaklumkan status terkini Bahagian. Antara perkara yang dibangkitkan ialah Bahagian memiliki peralatan sukan yang baru untuk sukan dalaman seperti ping-pong, karom, dart dan congkak. Kemudahan sukan ini boleh digunakan oleh semua pegawai yang ingin merehatkan diri ketika rehat tengah hari atau pun selepas bertugas pada sebelah petangnya.

Sambutan yang menggalakan daripada semua warga kerja dan secara tidak langsung telah merapatkan lagi hubungan silaturahim di kalangan warga kerja JPK di Putrajaya. Sungguhpun begitu, Pengarah KPSM menasihatkan agar sukan ini dimainkan selepas jam 5.30 petang agar tidak mengganggu waktu bertugas rasmi.

Selepas taklimat tersebut, majlis disambung dengan acara menyambut hari jadi pegawai di Bhgn KPSM pada bulan Januari sehingga Mac 2011. Seramai 11 pegawai meraikan hari kelahiran mereka pada bulan tersebut. Mereka ialah:

Januari
  1. Pn. Nurazimah binti Saji
  2. Pn. Zaleha binti Kasim
Februari
  1. Pn. Jalilah binti Ismail
  2. Pn. Azniza binti Azmi
  3. Cik Dalila binti Azhari
  4. Pn. Nor Hashimah binti  Hashim
 Mac
  1. Mohamad bin Majid
  2. Pn. Nurul Isma binti Abdul Latif
  3. Pn. Iryawati binti Che Ramli
  4. Cik. Noorzarina binti  Zainal Abidin
Pn. Azimah, Org first terima hadiah sebab Bebday bulan Januari

Birthday yang ke berapa Pn. Zaleha? Yang ke Rahsia... ;p

Posing maut of the day! Go Pn. Jalilah

Pn. Nor Hashimah pun terima hadiah untuk hari jadi yang ke-rahsia

En. Mad pose muka terkejut. Aduyaii..

Eh, sepasang je baju ni Cik Irya. Berjanji dengan puan ke?

Alamak.. autofokus yang hebat untuk cenderamata kat belakang tu. Kesian kat Cik Noorzarina muka blur. Salahkan abang fotografer Bhgn.

Macam biasa, ada je yang suka posing. Maniskan! ;)

Kek sedap terutama yang kacang tu.. Mmmpphh marvelous!

Chesse cake.. penat mengunyahnyer..



1-1-2. Pstt... Jika berminat, roger Bhgn. KPSM.

Uish.. betul2 tengok kamera ni.. dup dap dup dap..

Norzarina dengan hadiah nyer..

Tengok apa tu Pn. Siti Awa..

Makan sorang-sorang.. Layannn..

Senyum!






Thursday, March 17, 2011

Majlis Penghargaan pegawai KPSM

Ucapan penghargaan yang terbaeeekk daripada Pn. Azniza. Kelas Gitu!!!
Bhgn KPSM membuat satu Majlis Penghargaan terhadap empat (4) orang pegawai Bhgn yang telah mendapat penempatan baru dan menamatkan perkhidmatan. Pegawai-pegawai tersebut ialah Pn. Yazida Laila binti Deraman (SM), Pn. Zoolia binti Drahman (Kew), En. Rafizi bin Ab Rahim@Hassan (T) dan Pn. Azniza (PKS-Kew).

Bahagian mengucapkan agar ke semua pegawai selamat maju jaya di tempat baru.



Pn. Yazida yang bertukar ke JAS Kuantan. Yeay.. balik kampung dah!

Pn. Nurafidah mewakil En. Rafizi yang bertukar 'serta-merta' ke Jbtn. Statistik. Fizi tak kirum salam pun masa nak blah..

Pn. Zoolia yang bertukar ke Kem. Pengangkutan. Dekat je.. blok sebelah..

Pn. Azniza, pegawai PKS Kewangan yang telah tamat tempoh kontrak. Ucapan penghargaan beliau amat menyentuh jiwa dan akan dikenang hingga bila-bila..

Apa lagi, makan la..
Sempat pose walaupun tengah makan.