Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Sunday, May 1, 2011

Selamat Hari Pekerja 2011

Bahagian KPSM mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada seluruh warga Malaysia. Hari Pekerja ini istimewa kepada seluruh warga JPK dan KSM khasnya kerana seluruh warga Kementerian akan menjayakan perhimpunan Hari Pekerja.


Tema Hari Pekerja pada tahun ini ialah 'Pekerja Merealisasikan Transformasi Negara' yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil pada 7 Mei 2011. Pada hari tersebut, Bahagian KPSM terlibat sebagai Jawatankuasa Seranta yang akan menyediakan 'Press kit' kepada pihak media.

Monday, April 25, 2011

Pertandingan Futsal Tertutup JPK 2011

Pertandingan Futsal Tertutup JPK 2011
Persatuan Kebajikan dan Sukan telah menganjurkan Pertandingan Futsal Tertutup JPK pada  23 April 2011 (Sabtu) bertempat di Pusat Komuniti Cyberjaya. Sebanyak lima (5) pasukan lelaki dan dua (2) pasukan wanita telah mengambil bahagian merangkumi campuran JPK Ibu Pejabat, Cyberjaya dan CIAST.

Majlis telah dirasmikan oleh Timb Ketua Pengarah, En. Nidzam bin Kamarulzaman dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Juara Pertandingan Futsal Tertutup JPK 2011 telah jatuh kepada Juara Bertahan tahun 2010 iaitu pasukan KKC FC (CIAST) dan Powerpuff Girl (Ibu Pejabat). En. Mohamad bin Yaacob dari SLDN F.C. telah dinobatkan pemain terbaik pertandingan yang juga merupakan pemain terbaik pertandingan pada tahun 2010. 

Pasukan HeEjau a.k.a. Juara bertahan KKC F.C. (CIAST)

Team Malaysia a.k.a. Powerpuff Girls F.C.
Pemain terbaik (MVP) Pertandingan Futsal Tertutup JPK 2011, En. Mohamad bin Yaacob (SLDN F.C.)
Pihak Urusetia Sukan, Persatuan Kebajikan dan Sukan melalui email pada 25 April 2011 (En. Mohd. Fazli bin Jamal) telah mengambil kesempatan mengucapkan 

"Kepada kumpulan yang menang, ucapan tahniah diucapkan dan kepada yang kalah, kena cuba tahun depan tapi yang penting go back n practice lagi.. Hahaha…"

"Seterusnya, pihak AJK Sukan PKS akan mengadakan PERTANDINGAN BOWLING TERTUTUP JPK pada bulan Mei atau Jun 2011. Masa dan tarikh akan ditetapkan kemudian dan dengan harapan semua warga JPK dapat turut serta."

Lagi gambar daripada aktiviti tersebut boleh KLIK DI SINI.



Pasukan 'Oranje' a.k.a. Trababo F.C.

Pasukan "BeeRhu" a.k.a. Domingo F.C.

Pasukan Bayar Munich F.C. a.k.a. SLDN F.C.

Pasukan Inter Lipan F.C. a.k.a. Tawakal F.C.

Pasukan Wonder Woman, bukan Wonder Pet okaayyy!

Kami suka Futsal!

Friday, April 22, 2011

Kemudahan Sukan

Pada awal April 2011, Jabatan telah dibekalkan dengan peralatan sukan dengan peruntukan daripada Persatuan Kelab Sukan Jabatan untuk membeli alat-alat sukan seperti set permainan ping-pong, karom, dart dan congkak.


Dengan adanya peralatan ini, pegawai-pegawai yang tidak keluar makan tengah hari dan balik lewat ada pilihan untuk berehat. Kemudahan ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan kerja dan merapatkan hubungan silaturahim di kalangan warga kerja.

Kaum Hawa KPSM hebat-hebat. Ini semua champion unit in training.

Fauzi tengah inci betul-betul nak make sure masuk 2 sekaligus

Zarina tengah mencongak strategi untuk mengalahkan Zarina.

Tazkirah: Kelebihan Hari Jumaat


 Assalamualaikum,

 Majlis bacaan doa dan tazkirah pada 22 April 2011 ini adalah giliran untuk En. Lutfi dan Pn. Nurafidah. Pada majlis ringkas ini, Pn. Nurafidah telah berkongsi 'Kelebihan Hari Jumaat'. Berikut adalah teks yang telah dikongsikan bersama dengan warga Bhgn. KPSM.

 
ASSALAMUALAIKUM. 

Apa khabar hari anda?Ya, hari ini hari Jumaat. Hari untuk kita mendapatkan lebih success dalam hidup kita. Hari untuk kita lebih cemerlang, lebih kuat berbanding hari-hari yang lain. Jadi, apa pun yang anda buat pada hari ini, pastikan itu adalah yang terbaik, yang terhebat untuk diri anda sendiri dan jadikanlah Jumaat untuk anda lebih berjaya. Jadikan Jumaat untuk lebih special daripada hari-hari yang lain. Buat janji, bahawa Jumaat aku mesti bangun tiga puluh minit sebelum ke waktu subuh. Hah, kan bagus. Hari ini saya nak cerita sedikit tentang hebatnya dan kelebihan-kelebihan hari Jumaat.

1. Berlakunya hari kiamat.

Jumaat merupakan hari yang selalu dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”


 2. Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari syurga.

Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini nabi Adam diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”


 3. Penghulu segala hari.

Hari Jumaat ni special. Kenapa ya? Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain.Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”


4. Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.

Menurut Nabi SAW, “Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah  daripada fitnah kubur.” Jadi, sama-samalah kita berdoa moga-moga Allah memilih kita di kalangan manusia-manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah ini.


5. Kebaikan dengan memotong kuku.

Peliharalah kebersihan anda. Kalau boleh, Jumaat ni bagi lebih-lebih lagi. Mana yang dah lama tak potong rambut, maka potonglah. Kasi kemas. Kalau kuku dah rasa mula nak panjang, hah potonglah. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”




6. Makbulnya doa di antara dua khutbah.

Banyak ulamak yang berpendapat bahawa makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah yang bermaksud, “Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.” Dan rasulullah menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.

Abi burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan.
 
 Tuan, puan dan kawan-kawan semua, marilah kita jadikan Jumaat kita kali ini lebih bererti. Bukannya apa, untuk kebaikan kita juga. Semua kelebihan yang ada pada Jumaat ini sebenarnya merupakan ruang dan peluang untuk  kita rebut.

Kita mengaku kita orang Islam. Kita pun mengaku bahawa kita ni mengamalkan segala suruhan agama. Jadi, apalah salahnya sedikit amalan yang nampak macam tak seberapa ini kita rebut.

Kalau rasa-rasa selalunya macam malas nak selawat, macam tak ada mood nak berzikir, maka jadikanlah hari Jumaat untuk anda lebih bersemangat unttuk berselawat, berzikir, istighfar dan sebagainya.

Nabi sendiri ada menyebut barangsiapa yang banyak beristihfar, Allah akan bagi jalan keluar bagi setiap masalah yang dihadapinya.

Mari kita jadi lebih baik, sedikit pun tak apa. Asal kita jadi lebih baik. Kita usaha, kita cuba betul-betul. Mana tahu andai Allah juga bakal tarik nyawa kita di hari Sayidul aiyam ini. Subhanallah…


Wednesday, April 20, 2011