Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Thursday, March 31, 2011

Perhimpunan Pertama Bersama KSU KSM tahun 2011



31 Mac 2011 ialah hari pertama perhimpunan bulanan bersama Ketua Setiausaha Kem. Sumber Manusia yang baru iaitu YBhg. Dato' Zainal Rahim bin Seman. Sebelum ini beliau bertugas selaku Setiausaha Negeri di SUK Pulang Pinang sebelum bertukar ke Kementerian Sumber Manusia bagi menggantikan YBhg. Dato' R. Segarajah yang telah menamatkan tempoh perkhidmatan. YBhg. Dato' KSU telah menyampaikan amanat dan menyeru agar semua warga Kementerian turut serta berganding bahu untuk menjayakan Aspirasi Kementerian di bawah pimpinan beliau.

Wednesday, March 23, 2011

Bengkel HRMIS: Modul Majlis Bersama Jabatan

Pada 22 dan 23 Mac, sebuah bengkel HRMIS modul Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan di JPA Cyberjaya. Tiga (3) wakil KPSM telah menghadiri bengkel tersebut.

Objektif bengkel adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan modul MBJ dan pelaksanaan modul tersebut di Jabatan. Kebaikan modul ini ialah memudahkan wakil pekerja dan pegawai menyampaikan isu terus kepada Ketua Pengarah dan memaklumkan status terkini kepada pihak JPA dengan kadar segera serta. Penyediaan surat panggilan mesyuarat juga boleh dilakukan dengan satu klik kepada semua pegawai yang terlibat. Amat mudah sekiranya modul ini dapat digunapakai seoptimum mungkin.

Jabatan telahpun mengadakan Mesyuarat MBJ pada bulan Mac 2011 yang lepas. Mesyuarat seterusnya dijangka pada bulan Jun 2011. Jabatan akan cuba menggunakan modul ini pada sesi MBJ Jabatan pada masa tersebut.

Thursday, March 17, 2011

Majlis Penghargaan pegawai KPSM

Ucapan penghargaan yang terbaeeekk daripada Pn. Azniza. Kelas Gitu!!!
Bhgn KPSM membuat satu Majlis Penghargaan terhadap empat (4) orang pegawai Bhgn yang telah mendapat penempatan baru dan menamatkan perkhidmatan. Pegawai-pegawai tersebut ialah Pn. Yazida Laila binti Deraman (SM), Pn. Zoolia binti Drahman (Kew), En. Rafizi bin Ab Rahim@Hassan (T) dan Pn. Azniza (PKS-Kew).

Bahagian mengucapkan agar ke semua pegawai selamat maju jaya di tempat baru.



Pn. Yazida yang bertukar ke JAS Kuantan. Yeay.. balik kampung dah!

Pn. Nurafidah mewakil En. Rafizi yang bertukar 'serta-merta' ke Jbtn. Statistik. Fizi tak kirum salam pun masa nak blah..

Pn. Zoolia yang bertukar ke Kem. Pengangkutan. Dekat je.. blok sebelah..

Pn. Azniza, pegawai PKS Kewangan yang telah tamat tempoh kontrak. Ucapan penghargaan beliau amat menyentuh jiwa dan akan dikenang hingga bila-bila..

Apa lagi, makan la..
Sempat pose walaupun tengah makan.