Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Friday, January 28, 2011

Mesyuarat Bahagian KPSM bil. 1/2011

Pada 28 Januari 2011, Mesyuarat pertama Bahagian KPSM telah diadakan di Bilik Wawasan dan dihadiri oleh semua warga KPSM. Mesyuarat ini merupakan aktiviti bulanan bertujuan untuk memaklumkan warga KPSM status terkini perancangan, pelaksanaan dan ruang untuk bertukar pandangan.

Selain itu, mesyuarat ini juga merupakan platform memaklumkan perkara seperti sambutan hari jadi, perkahwinan dan berita keluarga di kalangan staf.

Pada bulan ini, agenda yang telah disentuh ialah berkenaan penggunaan punchcard, pelaksanaan 5's, LNPT 2010, bacaan doa sebelum mula bekerja, penggunaan Bahasa Inggeris pada hari Khamis dan pewujudan sudut kesihatan. Semua warga kerja KPSM mengambil maklum dan bertukar pandangan berkenaan perkara yang diutarakan namun perdebatan hangat apabila isu penggunaan Bahasa Inggeris pada hari Khamis dan alat penimbang untuk sudut kesihatan diketengahkan.


Bagi mengakhiri Mesyuarat, Pengarah KPSM telah memberikan sebuah hadiah kepada En. Ahmad Nadzreen bin Mohamad Ali sempena perkahwinan beliau pada tahun lepas.

Thursday, January 27, 2011

Bengkel Merangka Kertas Cadangan Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Latihan Vokasional

Pada 24 hingga 26 Januari 2011, sebuah Bengkel bagi merangka kertas cadangan berkenaan Program Pemantapan Kompetensi Pegawai Latihan Vokasional telah diadakan di CIAST dan Kementerian-kementerian yang terlibat serta agensi pusat telah hadir bagi menjayakan bengkel tersebut.

Bengkel telah berjalan dengan lancar dan sebuah kertas kerja berjaya disediakan walaupun perdebatan hangat di kalangan peserta semasa merangka kertas kerja dijalankan. Secara keseluruhan, kertas kerja tersebut telah mendapat maklum balas dan ulasan daripada semua pihak dan diharap cadangan yang dikemukakan akan memudahkan Pegawai Latihan Vokasional menjalankan tugas di Kementerian dengan kompeten.