Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Monday, April 4, 2011

Tazkirah: Kisah tiga pemuda dan batu

Berat juga kalau nak bawa batu ni ke kampung. Perjalanan jauh lagi.

Pada Jumaat lepas (1 April 2011), Pengarah KPSM telah berkongsikan sebuah kisah menarik berkenaan perjalanan 3 pemuda yang balik ke kampung masing..

Cerita bermula apabila tiga (3) pemuda ini hendak balik semula ke kampung selepas merantau di sebuah negeri. Dalam perjalanan balik melalui kawasan hutan, ketiga-tiga pemuda ini mendengar suatu suara halus yang membisikan kepada mereka untuk mengutip batu yang terdapat di hutan tersebut untuk dibawa balik ke kampung.

Pemuda yang pertama mengikut sahaja arahan tersebut dan mengutip mana-mana batu yang dijumpainya. Pemuda kedua pula, mengutip batu apabila dirasakan perlu. Manakala pemuda yang terakhir, tidak mengutip mana-mana batu sebaliknya memperlikan tindakan kedua-dua pemuda tersebut.

Argghhh!!! Kalau aku tahu dari mula tadi, mesti aku dah kutip semua arang batu itu
Setibanya di kampung, pemuda pertama tadi mendapati karung yang berisi batu dikutipnya bertukar menjadi batu permata. Pemuda tersebut sungguh gembira dan tidak percaya  batu tersebut sebenar batu permata. Mendengar khabar dari pemuda pertama, pemuda kedua berasa kesal kerana tidak mengutip lebih banyak batu tersebut. Terdetik dihatinya tidaklah berat mana  batu yang dibawa jika dibandingkan hasil yang akan diperolehinya. Pemudah ketiga pula berasa sangat kesal kerana tidak mengutip sebarang batu pun kerana tidak mengetahui nilai batu tersebut. Jika ditahunya  pada awal-awal perjalanan tadi, sudah pasti dia juga telah mengutipnya seperti pemuda yang pertama.

Pengajaran daripada cerita ini adalah kita seharus melakukan amal ibadah seperti yang telah disarankan. Walaupun berat atau sukar, nescaya hasil atau pulangannya adalah setimpal dengan apa yang telah dilaburkan. Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment