Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Wednesday, March 23, 2011

Bengkel HRMIS: Modul Majlis Bersama Jabatan

Pada 22 dan 23 Mac, sebuah bengkel HRMIS modul Majlis Bersama Jabatan (MBJ) telah diadakan di JPA Cyberjaya. Tiga (3) wakil KPSM telah menghadiri bengkel tersebut.

Objektif bengkel adalah untuk memberikan pendedahan berkenaan modul MBJ dan pelaksanaan modul tersebut di Jabatan. Kebaikan modul ini ialah memudahkan wakil pekerja dan pegawai menyampaikan isu terus kepada Ketua Pengarah dan memaklumkan status terkini kepada pihak JPA dengan kadar segera serta. Penyediaan surat panggilan mesyuarat juga boleh dilakukan dengan satu klik kepada semua pegawai yang terlibat. Amat mudah sekiranya modul ini dapat digunapakai seoptimum mungkin.

Jabatan telahpun mengadakan Mesyuarat MBJ pada bulan Mac 2011 yang lepas. Mesyuarat seterusnya dijangka pada bulan Jun 2011. Jabatan akan cuba menggunakan modul ini pada sesi MBJ Jabatan pada masa tersebut.

No comments:

Post a Comment