Berat juga kalau nak bawa batu ni ke kampung. Perjalanan jauh lagi. |
Pada Jumaat lepas (1 April 2011), Pengarah KPSM telah berkongsikan sebuah kisah menarik berkenaan perjalanan 3 pemuda yang balik ke kampung masing..
Cerita bermula apabila tiga (3) pemuda ini hendak balik semula ke kampung selepas merantau di sebuah negeri. Dalam perjalanan balik melalui kawasan hutan, ketiga-tiga pemuda ini mendengar suatu suara halus yang membisikan kepada mereka untuk mengutip batu yang terdapat di hutan tersebut untuk dibawa balik ke kampung.
Pemuda yang pertama mengikut sahaja arahan tersebut dan mengutip mana-mana batu yang dijumpainya. Pemuda kedua pula, mengutip batu apabila dirasakan perlu. Manakala pemuda yang terakhir, tidak mengutip mana-mana batu sebaliknya memperlikan tindakan kedua-dua pemuda tersebut.
Argghhh!!! Kalau aku tahu dari mula tadi, mesti aku dah kutip semua arang batu itu |
Pengajaran daripada cerita ini adalah kita seharus melakukan amal ibadah seperti yang telah disarankan. Walaupun berat atau sukar, nescaya hasil atau pulangannya adalah setimpal dengan apa yang telah dilaburkan. Renung-renungkanlah.
No comments:
Post a Comment