Selain itu, mesyuarat ini juga merupakan platform memaklumkan perkara seperti sambutan hari jadi, perkahwinan dan berita keluarga di kalangan staf.Pada bulan ini, agenda yang telah disentuh ialah berkenaan penggunaan punchcard, pelaksanaan 5's, LNPT 2010, bacaan doa sebelum mula bekerja, penggunaan Bahasa Inggeris pada hari Khamis dan pewujudan sudut kesihatan. Semua warga kerja KPSM mengambil maklum dan bertukar pandangan berkenaan perkara yang diutarakan namun perdebatan hangat apabila isu penggunaan Bahasa Inggeris pada hari Khamis dan alat penimbang untuk sudut kesihatan diketengahkan.

Bagi mengakhiri Mesyuarat, Pengarah KPSM telah memberikan sebuah hadiah kepada En. Ahmad Nadzreen bin Mohamad Ali sempena perkahwinan beliau pada tahun lepas.
No comments:
Post a Comment