Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Monday, February 28, 2011

Perkongsian Maklumat: Love Your Job No Matter What You Do

I love my job

Hari ini tazkirah/perkongsian maklumat telah disampaikan oleh En. Khairul Anuar bin Mokhtar yang berkongsi maklumat berkenaan 'Love Your Job No Matter What You Do'. Semua pegawai tertarik semasa En. Khairul mengedarkan gambar dan memberikan sepenuh perhatian terhadap apa yang diperkatakan. Gaya yang santai dan mesej yang disampaikan jelas dan nyata.

Merujuk kepada gambar di atas, En. Khairul menceritakan seorang penjaga tandas yang suka akan tugasnya walaupun jawatannya tidak gah seperti jawatan-jawatan lain. Menariknya gambar tersebut ialah si penjaga tandas telah menghias tandasnya dengan cantik dan kelihatan sungguh selesa sehingga terpampang keceriaannya menjaga kebersihan tempat tersebut.

Pengajaran daripada perkongsian maklumat pada hari ini ialah tidak kira apapun jawatan atau tugas kita, adalah menjadi tanggungjawab individu tersebut untuk belajar menyukai dan meminati tugasnya tidak kira berpangkat besar atau kecil kerana setiap tugas memainkan peranan masing-masing yang menyumbang ke arah kerja berpasukan. Pasukan yang setiap ahlinya memberikan seluruh kerjasama pasti akan mencapai kejayaan. Oleh itu. kata kunci pada hari ini ialah 'Love Your Job No Matter What You Do' dan percayalah kita akan menerima ganjarannya.

Wednesday, February 23, 2011

Maulidur Rasul tahun 1432H/2011M

Bhgn KPSM ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul kepada semua penganut beragama Islam. Untuk tahun ini, seramai empat (4) pegawai dari JPK telah mewakili Kementerian Sumber Manusia untuk menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang diadakan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di dengan cogan kata 1 Malaysia, 1 Ummah.

Senarai Baca Doa Pagi dan Pengucapan Pagi (Tazkirah/Perkongsian Maklumat)

 Cawangan Khidmat Pengurusan telah mengeluarkan jadual Senarai Pembaca doa dan Pengucapan Pagi pada 23 Februari 2011. Pegawai-pegawai yang disenaraikan berasa bersemangat tetapi ada juga yang segan silu kerana penat memikirkan apa topik yang perlu diperkatakan. Senarai nama pegawai yang terlibat adalah seperti di bawah.

Senarai Pembaca Doa
Senarai Pengucapan 1
Senarai Pengucapan 2

Analisis Keperluan Latihan 2011

Bahagian KPSM dalam perancangan menambahbaik pengumpulan maklumat keperluan latihan pegawai Jabatan. Sila klik pautan Borang Analisis Keperluan Latihan untuk mengisi borang secara atas talian. Untuk makluman, pautan tersebut masih dalam pembangunan sebelum edaran rasmi diumumkan kelak.

Bahagian berharap dengan adanya kemudahan sebegini, pengurusan latihan akan menjadi lebih cekap dan efisyen. Selamat berkursus!

Thursday, February 17, 2011

Susunan Keutamaan Bendera Malaysia tahun 2011

Susunan Bendera Malaysia mendapat susunan baru mulai 5 Januari 2011 selaras dengan kedudukan terbaru Susunan Kekananan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan-Tuan Yang Terutama, Yang di-Pertua-Yang di-Pertua Negeri. 

Susunan keutamaan terkini bendera ini diperuntukan di bawah Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1994 bagi bendera Malaysia dan negeri-negeri adalah seperti berikut:-

                KEUTAMAAN           NEGERI / WILAYAH
                    1                            Malaysia
                    2                            Kedah
                    3                            Pahang
                    4                            Perak
                    5                            Perlis
                    6                            Selangor
                    7                            Negeri Sembilan
                    8                            Johor
                    9                            Kelantan
                    10                          Terengganu
                    11                          Sarawak
                    12                          Pulau Pinang
                    13                          Melaka
                    14                          Sabah
                    15                          Wilayah Persekutuan

Wednesday, February 9, 2011

Audit Sistem E-Terimaan

Pada 8-10 Februari 2011, Pengauditan Sistem e-Terimaan di Jabatan Bhgn. KPSM telah dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pelaksanaan sistem tersebut selaras dengan Arahan Perbendaharaan 138. Sebanyak lima (5) perkara yang telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut iaitu
  • Penurunan Kuasa & Maklumat Organisasi
  • Dokumen Terimaan
  • Buku Daftar
  • Penyata Penyesuaian Hasil
  • Pertanyaan Audit

Jabatan akan menunggu keputusan rasmi daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia hasil daripada audit tersebut. Semua warga KPSM khasnya Cawangan Kewangan mengharapkan berita baik kerana telah melakukan tugas yang terbaik pada tahun 2010 walaupun dengan kekangan kekurangan kaki tangan.

Monday, February 7, 2011

Baca Doa Pagi dan Tazkirah (Perkongsian Maklumat)

Pada 7 Februari 2011 (Isnin), bacaan doa pagi telah dilaksanakan susulan daripada hasil mesyuarat pada bulan lepas yang mencadangkan bacaan doa sebelum bertugas. Selain itu, tazkirah atau perkongsian maklumat juga turut diadakan bersama. Tujuan Bhgn KPSM mengadakan aktiviti ini adalah untuk menceriakan serta memurnikan keharmonian pejabat disamping berkongsi maklumat sesama warga kerja.

Aktiviti ini diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat setiap minggu. Bacaan doa akan dibaca oleh pegawai lelaki Bhgn. KPSM manakala tazkirah akan digilirkan kepada semua warga kerja yang lain. Untuk bacaan doa hari tersebut telah dilafazkan oleh En. Fazli bin Jamal manakala tazkirah bertajuk "Adab dalam Perbualan" telah dibaca oleh En. Mohd. Khairrul bin Mohd. Suhaimi.

Wednesday, February 2, 2011

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan 恭喜发财 Gong Xi Fa Cai kepada semua masyarakat keturunan Cina yang meraikan Tahun Baru Cina. Semoga pada tahun arnab ini kejayaan yang lebih gemilang dapat dicapai selari dengan hasrat Jabatan untuk Mengarusperdana Latihan Kemahiran.