Prakata

Selamat datang ke Bahagian Khidmat Pengurusan Sumber Manusia, Jabatan Pembangunan Kemahiran. Blog ini merupakan ruang untuk berkongsi aktiviti-aktiviti yang telah diadakan sesama warga KPSM.


Thursday, December 30, 2010

Bengkel HRMIS

Pada 14 Disember 2010, sebuah Bengkel HRMIS telah dijalankan di Bilik Wawasan kepada 45 orang pegawai dari semua Bahagian dan Pejabat Wilayah JPK.

Antara modul HRMIS yang telah diajar ialah Modul Pengisytiharan Harta, Modul Laporan Nilai Prestasi Tahunan, dan Modul Cuti. Kursus tersebut mendapat tunjur ajar dari pegawai Kementerian dalam usaha untuk memperkasakan penggunaan HRMIS di Jabatan.

Di akhir kursus, ke semua peserta mengetahui cara untuk menggunakan HRMIS untuk modul yang disenaraikan. Diharap pada tahun 2011, ke semua modul yang telah diketengahkan dapat dilaksanakan di semua Bahagian dan Pejabat Wilayah.